Monday, 2 July 2012

Amacam.?

Peace Upon To You

Ok, kali ni gua pulak nak update Blog GAMMA yang sangat awesome ni.!!!


Gua juz nak bagi cadangan Rare kat korang sume...
iyaa, cadangan untuk "Kembali Terjalin" (reunion) yang kita selalu plan sebelum ni dan selalu tak menjadik tuh..

1stly, Gua nak cadangkan kita akan buat Reunion ala-ala "Hari Keluarga"...
Kita perlu adakan program ni "sekurang-kurangnya" 2hari 1malam...
*Tempat dan Tarikh kita perlu setting lelok..
Seeloknya di kawasan peranginan/ chalet.
(bagi mengelak kejadian yang tak diingini, berkhemah "bahaya" bagi gua)

Pada program tuh kita akan adakan acara-acara seperti:
1) tangkap buaya
2) kira pasir dilautan.
3) menyelam tak timbul-timbul
4) apa-apa jelah
* sekadar contoh, untuk acara kita bincang...

Kita akan buat baju REUNION yang paling SUPERB atau sekurang-kurangnya Button Badge sebagai kenang-kenangan.. (bukan order kat wisdom)
*Yuran Reunion merangkumi kos tempat, kos Baju/ Badge, dan kos acara.

Kalau korang serius, gua jugak mencadangkan supaya kita mengajak Guru-guru pilihan yang terpilih daripada pemilihan yang akan kita pilih nanti untuk turut serta bersama kita nanti.. Contohnya En. Fakri, Cik Neelofa, Cik Taylor Swift, atau En. Justin Bibier.
*Kita akan buat surat jemputan.. Mungkin
Surat jemputan juga mungkin akan diberikan kepada setiap Ahli GAMMA.

Tentatif program juga kita perlu ada dan tentatif ni perlulah Rare.!!


Bagi Ahli Gamma yang mempunyai pasangan digalakkan membawa pasangan masing-masing untuk diperkenalkan pada Ahli Gamma yang len untuk mengeratkan silaturrahim antara kita
(isu masalah sosial tak perlu fikir sebab kita semua dah besar, dah tau mana yang baek buruk, yang mana pahala yang mana dosa kan.? Sendiri mau ingatlaa.. Kalau nak buat dosa tak kira kat mana pon boleh jadi.. Ingat balik nawaitu kita untuk adakan program ni adalah bertemu balik dengan Ahli Gamma dan nak ENJOY.)

3E:  Kalau ada apa-apa cadangan lagi sila utarakan.. Ni cadangan gua laa.. Yang perlu diubah kita ubah supaya sesuai dengan kehendak semua Ahli Gamma. Kita semua kat sini perlu fleksibal dan sedia bekorban masa, tenaga dan keringat bagi mengelakkan terkuburnya Gamma yang kita Cintai ini..



*PERKARA YANG PERLU DIBINCANG